Saturday, April 23, 2011

Tanya sama hati

Tanya sama hati apa rasa sayang, Adakah tandanya nampak dipandang, Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya, Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu, Tiba masa lena apa mimpimu, Masa berjauhan apa nan dikenang, Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang, Kuntuman kasih tak mungkin kembang, Andainya jemu mengganti rindu, Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu, Tiba masa lena apa mimpimu, Masa berjauhan apa nan dikenang, Bila difahamkan itulah sayang.