Tuesday, April 19, 2011

10 Benda Kena Pantang Dalam Persahabatan


Bukan senang nak dapatkan someone yang kita boleh panggil dia“sahabat”. Serious, susah. Sepanjang hidup saya selama 22 tahun ni, saya akui lah. Memang dah bosan nak cari siapa yang sesuai to be my bestfriend. Belum ada 1 orang pun yang sesuai dengan saya setakat ni. Biasalah,permata memang susah sikit nak cari kan? hahahaha!
Tapi, tajuk kali ni saya bukan nak share hal cerita-cerita tak best saya dengan manusia yang “konon-konon” berjanji jadi sahabat saya suatu masa dulu. Malas saya ok. Muahaha! Cerita lama, saya dah buang jauh-jauh. Lantaklah. Tapi, kali ni saya nak share dengan korang yang dah ada sahabat aka kawan baik sejati. Yang tak berapa nak sejati, pun boleh ikut!!!hahahahaha.
Pantang ni, bukan saja untuk orang-orang lepas bersalin ok. Dalam persahabatan pun mesti ada pantang larangnya cuma maybe kita je yang amik remeh. Tapi, tak apa. Kali ni, saya bukak kan sikit mata hati korang. So, at least kalau-kalau ada yang tengah ada problem ke dengan sahabat korang…bolehlah fikir-fikirkan. Kot-kot ada terlanggar pantang dalam persabahatan ni!!! Kan??? So, check it out.
1. Mendesak
Even si dia tu sahabat kita, kita tak boleh terus menerus mendesak dia untuk ikut je kehendak kita. Hello, masing-masing ada hak ok untuk buat keputusan sendiri. Beri kebebasan pada sahabat kita babe!!! Kalau tak, dia boring.
2. Pentingkan diri sendiri
Hmm, ini pantang yang sangat-sangat penting dalam persahabatan. Elakkanmementingkan diri sendiri all the time. Kalau kita ada masalah, kita share dengan sahabat kita dan dia bersungguh-sungguh menjadi pendengar yang baikdan cuba yang terbak untuk tolong kita…jangan pulak time sahabat kita SUSAH, kita acuh tak acuh je melayan. Tak baik ok!!!
3. Tidak jujur
Yang ini, bukan saja dengan sahabat…in fact dengan semua orang sepatutnya kita amalkan sifat jujur ni. Tapi, sometimes kalau dengan orang yang kita tak berapa nak rapat,maybe susah sikit kita nak berlaku jujur kan? Ok, tak apalah kalau macam tu cuma kalau boleh dengan sahabat kita…try the best to bersikap jujur dengan dia. Jangan menipu sahabat sendiri. Kalau betul ikhlas dalam persahabatan, kena belajar jadi jujur!
4. HIPOKRIT
sengaja saya besarkan font.hahahahaha!!! HIPOKRIT tu adik beradik dengan plastik ok. Oh no, sila jangan jadi plastik dengan sahabat sendiri. Kalau rasa-rasa korang ni berplastik dengan sahabat korang now, hmmm…bawak-bawaklah berubah ok!!!
5. Mulut celupar
Ok. Pantang yang ini pulak more to adab between kita dengan sabahat lah. Even rapat sekalipun, mesti tahu adab. Ada limit jugak kalau bergurau senda. Kita perlu bezakan mulut celupar dengan mulut slumber ok kawan-kawan semua. Orang mulut celupar ni, dia bercakap beserta dengan maksud. Tapi, kalau orang mulut slumber ni…dia sebut perkataan tu saja suka-suka. Even perkataan tu berbaur mencarut sekalipun. Kena pandai bezakan dan kena tahulah sahabat tu jenisnya macam mana. Jangan main sembur je, kang ada yang terguris hati pulak!!!
6. Mengungkit kesalahan lepas
Jangan sesekali ungkit perkara-perkara lepas. Kalau benda baik, tak apa lah. Tapi, kalau perkara tu sah-sah tak best contohnya kita pernah beri sahabat kita tu pinjam wang or barang ke…atau ungkit yang dulu masa dia susah,kita bersusah payah tolong dia…Eh, tak elok ok!!! No no…buat keadaan tambah teruk je nanti!
7. CEMBURU
Yang ini pun saya guna tulisan besar.hahahaha!!! A’ah. CEMBURU ni penyakit paling bahaya dalam apa-apa perhubungan sekalipun sebenarnya. Jangan ingat CEMBURU ni berlaku between pasangan kekasih je tau. Dalam persabahatan pun selalu juga. Biasalah, manusia kan…dah lumrah. Mana boleh tengok orang lain lebih sikit daripada dia. Tapi, kita kena pandai control dan belajar untuk buang sifat CEMBURU ini woo!!!!
8. Tikam kawan dari belakang
Babe, kalau korang perasan yang sahabat korang ni buat perangai keji ni…apa kata korang buang je dia jauh-jauh.hahahaha!!! Ok, jahat kan saya??? Yelah. Tak baik tau kalau tikam kawan kita sendiri. Jangan sebabkan cemburu atau apa sajalah dengan sahabat sendiri…korang tika kawan korang dari belakang. Depan buat muka malaikat..tapi hakikatnya belakang…Allah je yang tahu. haih!!
9. Mengongkong
Even kita dan sahabat sangat rapat, tapi tak bermaksud kita ada hak untuk mengongkong sahabat kita tu daripada buat apa yang dia suka ok. Takkkan kita nak suruh sahabat kita tu 24 jam bersama dengan kita je kan… Hello, manusia perlukan kebebasan. Sebenarnya, manusia ni..lagi kita kongkong buat itu ini, lagi kuat diorang memberontak dalam hati. Lama-lama, kalau dibiarkan..boleh jadi parah wooo!!!!
10. Copycat!!!
Hello manusia-manusia semua di pelusuk dunia….kikikikiki!!! Sila jangan amalkan perangai suka copycat ni ok. Even korang dengan sahabat tu rapat kaw-kaw sekalipun..kena ingat yek. Sahabat tu bukan kembar kita. Kalau kembar pun, belum tentu suka kalau semua benda kita nak tiru dia.. inikan pulak sahabat. Maybe boleh sama lah,tapi jangan copycat 100%. Kalau yek pun dia cakap tak kisah, tapi kena fikir logiklah kan…unless sahabat kita tu menangis hentak kaki suruh kita tiru dia.bahahahahaha!!!!
p/s:  Oklah, penat dah mengarut ni. Ok, mengarut ye kawan-kawan. Jadi, kalau nak follow tips ni sila fikir 1000 kali.wakakakaka!!!! Have fun with your bestfriends!!! Bye