Monday, March 21, 2011

"Sesudu bubur untuk Ibu"

ibu termenung keseorang sambil melihat periuk nasi.....
kepada siapa lagi ibu harus mengadu..
ayah?
jiran2?
sedare2?
tiada siapa untuk ibu mengadu...


Petang yang indah itu tidak lagi seperti biase, kurasa kan mendung tibe2..itu hanya difikiran ku...
petang semakin dipenghujung...ibu seperti biase ke dapur siapkan makan malam untuk kami 10 beradik,
dan adik2 disuruhnya mandi dan aku kemas rumah..siap semua keje hampir jam 8mlm kami ke meja makan untuk menikmati makan malam...seperti selalu kami makan bubur, walaupun bubur ianya tidak seperti bubur yang lain, kami rs teramat enak bubur yang masuk kedalam mulut kami...semasa tengah makan aku perasan ibu tiada dimeja makan, ibu makan keseorang didapur, adakah ibu kecil hati dengan kami semua?
apa salah kami semua, kenapa ibu tidak makan semeja dengan aku dan yang lain?


Selepas makan aku bubur yang cair aku rasa sangat kenyang apeyang aku makan aku rs terlalu kenyang walaupun hanya semangkuk.
selepas ini aku dapat tido dengan nyenyak monolog aku didalam hati.
keesokan pagi nye seperi biasa kami bgn untuk ke sekolah, semasa aku tunggu turn untuk mandi sekali lagi aku lihat ibu termenung didepan bekas beras? dr jauh ku lihat beras hanya ade segengam saje, dan sekali lagi kami makan pg dengan bubur, bubur yang terlalu cair..bg ku cukuplah dengan rezeki yang kami perolehi, ibu mengagihkan bubur semangkuk sorang selepas itu kami disuruh makan, ibu pergi ke dapur dan makan berseorangan di dapur. 


Aku rs sgt kecik hati dengan perangai ibu,dengan hanya kedengaran bunyi sudu yang berlaga dengan mangkuk. tibe2 kakak ku perasan lalu kakak ku pergi hampiri ibu alangkah terkejutnya kakak ku apabila melihat tiada setitik pon bubur didalam mangkuk yang ibu gunakan ibu, ibu sengaja melaga2 kan sudu dgn mangkuk supaya ingin mencurigakan kami, lalu kakak ku menceritakan kepada adik2 ku, kemudian kakak ambil sesudu sorang bubur lalu memberikan kepada ibu dengan sekelip mata air mata ibu gugur dan berlari ke bilik.


"IBU adalah segala2 nya"