Friday, October 28, 2011

buka laman web yang disekat WIFI

sumber: zuhimi
salam semua, rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya dan maaf atas semua penulisan aku sebelum ni yang ada mengguris hati pembaca-pembaca yang bertuah XD. Berbalik kepada topik asal dah lama aku tak kemaskini blog aku ni., tetiba hari ni aku terfikir nak kongsikan cara-cara 'lihat tajuk atas'.

Mesti ramai antara korang yang tempat belajar/kerja korang ada menyediakan WiFi untuk kegunaan staff dan pelajar, tapi mesti korang bosan sebab rata-rata laman yang korang selalu layari macam facebook, twitter, youtube disekat pada waktu kerja. Kalau macam dekat kolej aku, lepas pukul 5 baru boleh buka laman sosial, tapi youtube dan laman-laman tertentu... haram dia tak bagi buka... Jadi sebagai manusia yang tak suka disekat-sekat, aku bertemu dengan satu jalan penyelesaian yang membolehkan laman-laman yang disekat tadi dibuka.

Jangan risau... bos/pejabat tak boleh kesan pon, tapi aku tak nak terangkan panjang lebar macam mana 'tak boleh dikesan', kalau aku terangkan nanti buat lagi pening kepala je. Lagipun aku bukan arif sangat bab-bab ni... ok... dengan tidak membuang masa kita mula dengan cara-caranya. Sebelum tu, bagi sesiapa yang tiada Mozilla firefox boleh download di sini , secara ringkas ;

  1. klik > sign up dan isikan alamat e-mail korang.
  2. buka e-mail korang dan klik pada link yang diberi
  3. selepas 'reset password', download add on *only supported by Firefox versions 3.6.3 - 7.0*
  4. lepas 'run' apa yang korang download tadi, 'restart' firefox korang, dan korang akan nampak toolbar baru macam ni.
  • klik pada simbol 'turn on' dan login pakai akaun yang korang buat mula-mula tadi.
haaa... ada apa lagi ye... tu je kot... dan korang boleh la buka pape laman web/sosial yang korang suka... bila-bila masa... sekian, salam 6% cukai XD

*psst : aku cuma 'share' je, jadi kalau ada salah silap terlebih terkurang, korang tegur lah ye, nanti aku betulkan :D trimas

No comments:

Post a Comment