Tuesday, September 21, 2010

ku serah segala ketentuan
biarlah masa yang berbicara
dipangku wajah yang layu
dan aku telah jemu

aku tidak mahu berpaling
pada yang mengganggu
dan menggugat
sapanya meletihkan diri
hadirnya mengundang penat

telahku serah cinta ini
bukan lagi pada manusia
kerana cinta martabat itu
bersalut segunung kepalsuan
dan kepuraan

aku semakin tidak peduli
apa yang mahu akan terjadi
kerana gerak dan tindakanku
mahu bebas dari masalah

aku adalah aku sekarang
biar terbuang tetap berjuang
akan ku serah jiwa ini
sepenuh hati dalam perjuangan
aku adalah aku yang berjuang